Tuesday, 26 June 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 5S

HARI: SABTU
TARIKH: 11 FEBRUARI 2012
TEMPAT: DEWAN GMC, SMVL
DIRASMIKAN OLEH: TN. YG. DIPERTUA PIBG SMVL
EN ABU HASSAN BIN NAYAN

_________________________________________________________________________________

ALHAMDULILLAH, PENAT LELAH PIHAK PENGURUSAN SMVL TELAH MEMBAWA KEPADA HARI YANG CUKUP BERSEJARAH KEPADA SELURUH WARGA SMVL. HARI PELANCARAN PROGRAM 5S TELAH SELAMAT DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA OLEH SEMUA TENAGA KERJA. UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT TERMASUKLAH WARGA STAF YANG BANYAK MEMBERI SOKONGAN MORAL.

BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH UNIT DOKUMENTASI SEMASA HARI BERSEJARAH TERSEBUT.











Thursday, 21 June 2012

LOGO 5S SMV LANGKAWI


PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)


Perbadanan Produktiviti Malaysia / Malaysia Productivity Corporation) atau MPC dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Produktivi Kebangsaan / National Productivity Corporation) atau NPC. Perbadanan ini telah ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai projek usahasama antara Kerajaan Persekutuan dan Tabung Khas Bangsa-bangsa Bersatu.
Penubuhan perbadanan ini dengan bermatlamatkan, antaranya mewujudkan pakar-pakar tempatan di dalam bidang produktiviti, kualiti, pengurusan dan keusahawanan.
Maklumat yang lebih tepat boleh diperolehi di lama sesawang berikut:

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMV KLANG

HARI : KHAMIS
TARIKH : 12 JANUARI 2012

PESERTA LAWATAN
ENCIK MAT YUSOF BIN SAAD
PN. SHAFINAR BINTI ABD. MAJID
NORMA BINTI SAMAH
YUSNIFADZLY BIN MAT ESOFF
AFANDI BIN ISMAIL
SHAIFOL AZLI BIN ZAKARIA
AZAREEL AZRE BIN MAHADZIR

SMV LANGKAWI TELAH MENGHANTAR SERAMAI 7 ORANG GURU KE SMV KLANG DENGAN TUJUAN UNTUK MENDAPAT SEBERAPA BANYAK MAKLUMAT BERKAITAN 5S. SMV KLANG MERUPAKAN SALAH SEBUAH SEKOLAH YANG TELAH MEMPEROLEH PENSIJILAN 5S DARI MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC). LAWATAN MENGAMBIL MASA SELAMA SATU HARI.

PESERTA LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM 5S
BERSAMA PENYELARAS PROGRAM 5S SMV KLANG

BERIKUT ADALAH BEBERAPA GAMBAR SEPANJANG LAWATAN KE SANA.

















Wednesday, 20 June 2012

SISIH? SUSUN? SAPU? SERAGAM? SENTIASA AMAL?

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini akan menceritakan serba sebanyak apa itu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.

SISIH


Menyisih dan membuang barang yang tidak
perlu di tempat kerja.

SUSUN




Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.

SAPU


Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.

SERAGAM


Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.

SENTIASA AMAL


Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.

ITULAH SERBA SEDIKIT INFO TENTANG 5S BUAT KALI INI.



APA ITU 5S?



SERABUT? SEMAK? SEPAH? SELERAK? SELONGGOK?

AMARAN
.JANGAN SALAH FAHAM DENGAN GAMBAR DI ATAS.

5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica, and Mexico.

Program 5S adalah amalan asas ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti yang berterusan. Hendak tahu dengan lebih lanjut apa itu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL, nantikan entri yang selanjutnya.

:Sumber rujukan:
http://www.miti.gov.my/storage/documents/7d5/com.tms.cms.document.Document_cbbde5d2-c0a81573-5b605b60-35bff6e0/1/Apakah%205S.pdf


:INFO:
5S adalah 5 set perkataan Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi “se” or “shi” iaitu Se-i-ri, Se-i-to-n, Se-i-so, Se-i-ke-tsu, dan Shi-tsu-ke.




SALAM PERKENALAN



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ALHAMDULILLAH. SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA MAKA TERCIPTALAH SATU LAGI MEDIUM MAKLUMAT KHUSUSNYA UNTUK SELURUH WARGA SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL LANGKAWI (SMVL) DAN KEPADA SEMUA ORANG AMNYA BERKAITAN DENGAN PROGRAM 5S.

DITERAJUI OLEH AYAHANDA TUAN PENGETUA SMVL, 
TUAN HAJI MADZI BIN SAAD, PROGRAM 5S INI BERJALAN DENGAN LANCAR DI SAMPING DENGAN TENAGA KERJA YANG BERTUNGKUS LUMUS MELAKSANAKAN PROGRAM 5S INI.

MEDIUM MAKLUMAT INI BUKAN SAHAJA MENCERITAKAN SEGALA USAHA YANG SEDANG DILAKSANAKAN DI SMVL, MALAH, MEDIUM MAKLUMAT INI DIWUJUDKAN DENGAN TUJUAN MEMBERI MAKLUMAT KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BERKAITAN DENGAN 5S.

BERAKHIR SUDAH SATU PENANTIAN
HARGAI PANDANGAN DICERCA JANGAN
LAYARILAH DENGAN PENUH PERHATIAN
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

SALAM PERKENALAN DARI SELURUH WARGA 
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL LANGKAWI.